Kaum Nabi Hud – Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70,)
أَلَمْ يَأْتِهِمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَقَوْمِ إِبْرَاهِيمَ وَأَصْحَابِ مَدْيَنَ وَالْمُؤْتَفِكَاتِ ۚ أَتَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
tranlsate
Hath not the story reached them of those before them?- the People of Noah, and `Ad, and Thamud the People of Abraham, the men of Midian, and the cities overthrown. To them came their apostles with clear signs. It is not Allah Who wrongs them, but they wrong their own souls. (at-Taubah: 70,)
Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
Demi keselamatan tapak arkeologi
tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan
tidak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai
eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan
penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’.
Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran
sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah
yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk.PENEMUAN DI ARKEOLOGI DI KOTA IRAM
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.